ARTIKEL

Anggota polis ditemukan mati di tandas hentian R&R

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Seorang anggota polis ditemukan meninggal dunia di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian berkenaan pada 5.45 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berumur 25 tahun itu telah berkahwin, dan ditemukan mati di tiang besi atas penghadang di dalam tandas tersebut. Mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di kontinjen Kuala Lumpur.

“Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan membantu siasatan di tempat kejadian dan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.

Abdul Malik turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis dan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta