ARTIKEL

LAWATAN… Ahsmon mengadakan lawatan kepada pegawai BSPT IPD Kuching yang cedera akibat dilanggar ketika bertugas

Anggota polis patah tulang paha dilanggar motosikal ketika operasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang anggota polis cedera selepas dilanggar penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika operasi sekatan jalan raya di Jalan Gambir, Rabu lepas.

Kejadian sekitar jam 10.30 malam itu mengakibatkan anggota polis yang merupakan Pegawai Penyiasat Trafik Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Inspektor Charlie Aloysius patah tulang paha kiri.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, dalam kejadian itu Pegawai Kanan BSPTD Kuching terbabit sedang menjalankan tugas telah dilanggar sebuah motosikal berwarna biru.

“Pegawai itu dilanggar oleh motosikal dan mengalami kecederaan parah patah tulang paha kiri semasa sedang membuat pemeriksaan kenderaan dalam Operasi Motosikal yang dijalankan pada Rabu jam 10.30 malam di Jalan Gambir,” katanya.

Akibat insiden berkenaan tambahnya, pegawai berkenaan telah dimasukkan ke wad Hospital Umum Sarawak (HUS) dan berada dalam pemantauan doktor.

Beliau turut memohon agar saksi kejadian tampil bagi membantu mengesan penunggang berkenaan.

Sementara itu, Ahsmon bersama-sama rombongan IPD Kuching telah mengadakan lawatan kebajikan dan menyampaikan sumbangan kepada Charlie Aloysius di HUS, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa, KBSPTD Kuching Deputi Superitendan Polis (DSP) Heffyear William Awet, Asisten Superintendan (ASP) Siasatan/Perundangan BSPT IPD Kuching Frankin Andy Kemping dan wakil PERKEP, Inspektor Angelina Henry Winner.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha