ARTIKEL

Anggota tentera gagalkan cubaan lima PATI masuk Sarawak melalui jalan tikus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cubaan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negeri ini melalui jalan tikus di Sektor Pos GABMA Biawak pagi tadi berjaya digagalkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menurut kenyataan Markas 1 Divisyen, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi apabila sepasukan anggota keselamatan, yang melaksanakan penugasan rondaan, mengesan lima individu dipercayai PATI berjalan kaki memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia.

Cubaan lima PATI masuk ke Sarawak menerusi jalan tikus berjaya digagalkan ATM.

“Semasa sedang melaksanakan rondaan di kawasan itu, anggota ronda tentera terserempak dengan lima PATI sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia.

“Pasukan kemudian telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap kesemua PATI dan hasil siasatan mendapati mereka dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia,” kenyataan itu menyebut.

Tambah kenyataan tersebut, kesemua PATI berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 49 tahun, dan hasil pemeriksaan mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai.

Anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa adalah berjumlah RM4,580, melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian.

“Kesemua PATI telah dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran sementara laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa.

“Kami akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” tambah kenyataan itu.

BERITA LAIN

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu