ARTIKEL

Anggota tentera hilang ketika operasi di Limbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Seorang anggota tentera dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas operasi Op Ukur di kawasan pengukuran Ulu Tutong ke Bebuloh di sini, 18 Jun lepas.

Menurut kenyataan media Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia hari ini, anggota dikenali sebagai Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim didapati hilang ketika bertugas dalam Op Ukur bersama-sama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak di kawasan itu.

“Ketiadaan anggota dikesan pada 18 Jun 2024 lebih kurang 12 tengah hari ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada di posisi belakang kumpulan.

“Kejadian berlaku pada kedudukan pada jarak dua kilometer (km) di atas sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan Ulu Tutong menghala ke kawasan Bebuloh,” kata kenyataan itu.

Usaha mencari dan mengesan anggota segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut terdiri daripada dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan lima anggota JUPEM.

Bagaimanapun, usaha pencarian masih gagal menemui Muhammad Syafiq.

Usaha pencarian juga dipergiat oleh TDM mulai 19 Jun lepas di kawasan tersebut melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta pihak polis dan bomba.

“Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga mengaturgerakan aset mereka dalam membantu usaha pencarian.

“Diharapkan anggota berkenaan dapat ditemui dalam keadaan selamat dan masyarakat diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu misi pencarian serta menjaga perasaan waris anggota yang terlibat,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, Op UKUR merupakan operasi dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 Briged Sempadan, melibatkan penempatan anggota TDM sebagai pengiring keselamatan kepada pasukan JUPEM.

BERITA LAIN

Roda pesawat Boeing tercabut semasa berlepas

LOS ANGELES: United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja