ARTIKEL

Datuk Ifa Raziah

Anggun TVS penampilan istimewa Ifa Raziah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI DAN PELAKON SENSASI, Datuk Ifa Raziah membuat penampilan istimewa menerusi rancangan TVS berjudul Anggun episod ketiga yang membincangkan topik Obses Cantik pada 9. 40 malam, Rabu (29 Mei).

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha yang kekal jelita itu mengakui dirinya begitu teruja apabila mendapat jemputan daripada TVS untuk menjayakan rancangan yang mengangkat martabat wanita.

Menyifatkan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Norhaliza, Ziana Zain dan Aina Abdul sebagai diva, Ifa berkata, gelaran tersebut bukan hanya terletak pada pakaian, solekan atau lagu, tetapi lebih kepada sikap profesional seseorang selebiriti.

“Kehidupan mereka penuh dengan glamor dan ia dapat dilihat menerusi cara bercakap, bergurau dan paling penting ilmu penuh di dada.

“Pengalaman nak jadi diva atau ratu melalui proses yang sangat panjang.

Baharulah orang hargai dan beri gelaran dalam bidang kerjaya sendiri,” ujar Ifa menerusi temu bual eksklusif di Studio 2 TVS, CityOne Megamall pada Ahad.

Dalam pada itu, Ifa sangat sangat berbesar hati sekiranya ada selebriti tempatan di Sarawak mahu menjalinkan kerjasama menerusi program atau acara nyanyian.

“Saya harap TVS dapat menghasilkan lebih banyak program yang membawa masuk artis kita ke kampung pedalaman supaya mampu lebih dekat dengan masyarakat.

Dalam masa yang sama dapat belajar sesuatu budaya, bahasa dan makanan di sini.

“Malah, saya rasa terharu dan dihargai apabila mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang Sarawak setiap kali datang ke sini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Jangan lupa saksikan Ifa Raziah dalam episod ketiga Anggun bersama-sama tetamu jemputan yang lain untuk menyelami topik Obses Cantik hanya di TVS.

BERITA LAIN

Pretty Zinta tidak percaya cinta lokasi

PELAKON terkenal Hollywood, Pretty Zinta mendedahkan dia tidak pernah jatuh cinta dengan rakan sekerjaya atau sesama selebriti. Aktres berusia 49 tahun ini tidak percaya “cinta

FItri Haris rugi RM2,000

PENYANYI, Fitri Haris tampil menitipkan pesanan buat orang ramai selepas mengalami kerugian sebanyak RM2,000 angkara penipuan. Fitri Haris menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa dia

Solekan Janna Nick curi perhatian

SOLEKAN pelakon dan pengacara terkenal Malaysia, Janna Nick atau Nurul Jannah Muner pada ulang tahun perkahwinan pertamanya mendapat perhatian warganet.  Menerusi akaun TikTok milik @

Shah Rukh Khan masih relevan

PELAKON utama filem Kuch Kuch Hota Hai yang ditayangkan pada 1998, Shah Rukh Khan dilaporkan telah menerima bayaran tinggi iaitu lebih kurang 10 juta India

I.N Stray Kids derma 100 juta won

YAYASAN KANAK-KANAK PAYUNG HIJAU mengesahkan bahawa ahli Stray Kids I.N barubaru ini membuat sumbangan sebanyak 100 juta won (RM340,171.30) kepada organisasi itu. Ia merupakan organisasi

Dewi Perssik enggan ikut jejak bapa JADI POLIS

Penyanyi Indonesia, Dewi Perssik menjadi perhatian semula selepas beberapa siri video lama lakonan pentasnya menjadi tular di media sosial, seperti lagu Basah-basah, Jajaraji dan But

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup