Angin kencang musnahkan harta benda di Rumah Panjang Banyan Lepong, Sugai, Pakan

PAKAN: Angin kencang yang berlaku malam tadi merosakkan enam kereta pelbagai jenis serta sebuah motosikal apabila bumbung pada bahagian hadapan Rumah Panjang Banyan Lepong, Sugai dekat sini ranap lalu menimpa kenderaan yang diparkir di situ.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin mengesahkan kejadian memaklumkan, insiden berlaku kira-kira jam 9:30 malam.

Pasukan Alfa yang digegaskan ke lokasi mendapati 16 daripada 25 pintu rumah panjang tersebut turut terjejas.

“Bahagian bumbung yang runtuh disebabkan oleh angin kencang,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Jelasnya, enam kereta yang terjejas dan rosak ialah jenis Proton, Perodua (Alza, Myvi dan Axia), dua Toyota Hilux dan motosikal.

Selain itu, lima meter paip yang berada di tempat yang sama juga dilaporkan rosak.

Suara Sarawak