ARTIKEL

Angka kematian di Gaza kini meningkat kepada 11,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Angka kematian akibat serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita, menurut pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu.

“Jumlah kematian membabitkan kakitangan perubatan kini mencecah 200,” Agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat terbabit menerusi hantaran Telegram.

Sementara itu, 22 anggota pertahanan awam dan 51 wartawan turut terbunuh, manakala bilangan mangsa yang cedera mencecah 29,800 dengan kira-kira 70 peratus daripadanya ialah kanak-kanak dan wanita. Sebanyak 95 bangunan kerajaan, 255 sekolah dan 74 masjid musnah manakala 162 mengalami kerosakan, termasuk tiga gereja, menurut kenyataan itu.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU