ARTIKEL

Angka kematian melonjak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TOKYO: Angka kematian meningkat kepada 100 orang di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi mencecah 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu, lapor Xinhua.

Seramai 211 orang dilaporkan hilang di wilayah berkenaan sehingga Sabtu, menurut media tempatan memetik pihak berkuasa tempatan.

Bandar Wajima yang paling terjejas merekodkan 59 kematian manakala sekitar 100 orang dilaporkan tertimbus dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Gegaran susulan dilaporkan masih melanda wilayah terbabit.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mendedahkan gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter melanda wilayah Noto pada 5.25 pagi waktu tempatan Sabtu pada kedalaman 10 kilometer.

JMA mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan supaya berwaspada terhadap kemungkinan banjir lumpur susulan hujan dijangka melanda wilayah itu pada Sabtu.

Kemudahan infrastruktur mengalami kerosakan teruk dengan sekitar 24,000 isi rumah menghadapi gangguan bekalan elektrik dan 66,000 isi rumah terputus bekalan air di 14 bandar dan

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

Protes ulang tahun pemberontakan anti-Marcos

MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila pada Ahad, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi

BERITA TERBARU