ARTIKEL

Angkat martabat bahasa Iban melalui pidato

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seramai 10 orang peserta melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Pidato Jaku Iban Piala Senator Dr Nuing Jeluing 2023.

Menurut Kaunselor Martin Dinil, empat daripada peserta terdiri daripada Dessy Apui, Ctnthia Beatrice Peter Rima, Patricia Lalang Juman dan Mike Rawing Chris Christopherson mewakili SMK Marudi.

Manakala Fenello Nollenvesser Nawi Seman, Yeremia Joane Maria Yarnite dan Refalina Tarum mewakili Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang.
Mewakili SMK Suai pula ialah Nickson Nawin Ajang dan Melissa Chemenda John manakala Jessie Fiorentina Juup mewakili SMK Luar Bandar Miri.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah atas iaitu dari tingkatan empat, lima dan enam di Bahagian Miri.
“Ini merupakan pertandingan pidato dalam bahasa Iban yang dianjurkan Persatuan Dayak Miri (DAM) bertemakan ‘Dikelala Bansa Ari Jaku’,” katanya.

Menurut Martin, pertandingan tersebut diadakan bagi memartabatkan bahasa Iban seiring penggunaan bahasa utama lain di Malaysia.
“Kita menjadikan pertandingan ini sebagai platform mengkaji dan mengupas isu berkaitan.

“Malah pertandingan ini dapat meningkatkan kewibawaan, ketrampilan serta melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai ketokohan dan bijak dalam menyuarakan pendapat,” ujarnya.
Beliau berkata, seramai 19 peserta dari enam sekolah mendaftar menyertai pertandingan tersebut tetapi hanya 10 peserta dipilih ke peringkat akhir.

Antara sekolah yang menghantar peserta merangkumi Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, SMK Marudi, SMK Luar Bandar Miri, SMK Lutong, SMK Suai dan SMK Merbau.
Katanya, peringkat saringan diadakan di Ruai Francis Loke, Rumah Dayak Miri yang turut dihadiri Pemanca Alexander Isut Karin.

Pertandingan akhir pada 18 November ini di Auditorium Pustaka Miri.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais