ARTIKEL

Anies rancang cabar keputusan pemilihan presiden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Calon presiden Indonesia, Anies Baswedan pada Rabu mengatakan beliau merancang untuk memfailkan aduan di Mahkamah Perlembagaan negara itu berhubung keputusan pilihan raya bulan lalu, lapor Reuters.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, yang mendapat sokongan tersirat Presiden, penyandang Joko Widodo atau Jokowi, memenangi pengundian pada 14 Februari dengan hampir 60 peratus undi.

Anies hanya sekadar meraih sekitar 25 peratus undi manakala bekas Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo memperoleh sekitar 16 peratus.

Suruhanjaya pilihan raya negara dijangka mengumumkan pemenang rasmi pada 20 Mac ini.

Anies, yang merupakan bekas gabenor Jakarta, berkata beliau merancang untuk memfailkan aduan selepas keputusan rasmi diumumkan tetapi tidak memberikan butiran lain.

“Kami dengan pasti bercadang untuk memfailkan kepada (Mahkamah Perlembagaan), tetapi kandungannya bukan sesuatu yang boleh kami dedahkan,” katanya kepada pemberita.

Langkah itu dibuat ketika pihak yang menyokong Anies dan Ganjar bersiap sedia untuk melancarkan siasatan Parlimen terhadap kelakuan kerajaan menjelang hari pengundian dan dakwaan pelanggaran pilihan raya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh