ARTIKEL

Anjing hilang ditemui 2,000 batu dari rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Seekor anjing yang hilang di California ditemukan lebih 2,000 batu (3,218.688 kilometer) dari sana, di pinggir bandar raya Detroit, menyebabkan pertemuan semula yang dramatik dengan pemiliknya.

Polis mengambil anjing terrier itu yang dipanggil Mishka yang hilang pada Julai lalu dan membawanya ke tempat pelindungan haiwan selepas seorang penduduk melaporkan seekor anjing liar berkeliaran berhampiran Harper Woods di negeri barat tengah, Michigan.

Kakitangan di Persatuan Angkat Haiwan Grosse Pointe (GPAAS) mendapati anjing itu mempunyai mikrocip, yang mengenal pasti pemiliknya tinggal 2,343 batu jauhnya di San Diego, walaupun tidak jelas bagaimana haiwan itu mengembara sejauh itu.

Pemilik anjing itu, Mehrad Houman, dan keluarganya kebetulan sedang bercuti di bandar barat tengah Minneapolis sekitar masa Mishka ditemui, kata GPAAS.

Walaupun perjalanan dari Minneapolis untuk mengambilnya dari tempat pelindungan adalah lebih pendek daripada perjalanan dari California, ia masih mengambil masa 10 jam.

“Ini adalah kisah yang Hollywood seronok untuk ceritakan,” kata GPAAS dalam catatan Facebook baru-baru ini.

BERITA LAIN

Rai roti Perancis dengan setem wangi

PARIS: Pejabat Pos Perancis pada Jumaat melancarkan setem pos guris-dan-hidu, untuk meraikan baguette (roti Perancis) yang terkenal di dunia, yang pernah digambarkan oleh Presiden Emmanuel

50 korban banjir kilat di barat Afghanistan

KABUL: Banjir kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di barat Afghanistan, menurut polis wilayah pada Sabtu, seminggu selepas ratusan orang dihanyutkan banjir serupa di utara negara

Rafah dibom selepas bantuan dihantar melalui jeti

RAFAH: Serangan dan pengeboman sengit pada Sabtu menggegarkan bandar Rafah di selatan Gaza kata saksi, ketika tentera Israel mengumumkan 310 palet pertama bantuan kemanusiaan memasuki

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

BERITA TERBARU