NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Anjing pengesan Daisy jadi hero selamatkan Muhammad Rayyan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan selamat oleh anjing pengesan Unit K9 Bomba bernama Daisy di kawasan ladang kelapa sawit, setelah kira-kira 23 jam hilang.
Mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan selamat oleh anjing pengesan Unit K9 Bomba bernama Daisy di kawasan ladang kelapa sawit, setelah kira-kira 23 jam hilang.

SEMATAN: Anjing pengesan bernama Daisy dari Unit K9 Bomba menjadi hero apabila berjaya menjumpai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang hilang di kawasan Kuari Batu Perigi di sini, sebentar tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Sarawak Henderi Ardimansyah berkata Muhammad Rayyan Bujang Abdul Qayyum ditemukan selamat kira-kira jam 1 petang di kawasan ladang kelapa sawit, selepas kira-kira 23 jam hilang.

 

“Mangsa dijumpai pada radius dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) oleh Unit K9 Bomba (Daisy) dan seterusnya diserahkan kepada keluarganya,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa bersama bapa dan neneknya, yang berjaya dijumpai dalam keadaan selamat oleh Unit K9 Bomba selepas hilang kira-kira 23 jam.

Menurutnya, khidmat Daisy digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diteruskan hari ini, dengan radius pencarian satu hingga tiga kilometer di kawasan ladang sawit.

Operasi turut melibatkan pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.

“Pasukan penyelamat memulakan operasi SAR di sekitar kawasan ladang kelapa sawit.

“Pencarian diperluaskan oleh pasukan penyelamat yang dibahagikan kepada dua pasukan dengan kaedah ‘base line method’ dalam radius tiga kilometer dari lokasi mangsa dikenal pasti hilang,” katanya.

Baca lain  Jumlah korban di Sarawak agak tinggi, terus patuhi PKP

Muhammad Rayyan dilaporkan hilang pada petang semalam ketika bersama ibunya menunggu bapanya pulang bekerja di pondok Kuari Batu Perigi.

Mangsa kali terakhir dilihat oleh ibunya sedang bermain di luar kawasan pondok di belakang rumah kongsi di kuari berkenaan.

Setelah menyedari mangsa tiada, ibu mangsa bergegas mencarinya dengan bantuan suaminya serta beberapa pekerja kuari berkenaan namun masih gagal menjumpai kanak-kanak itu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru