ARTIKEL

Nancy berucap pada perasmian Anjung Kasih Hospital Bintulu oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin.

Anjung Kasih Hospital Bintulu Perkukuh Kebajikan Waris Pesakit Di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pembukaan Anjung Kasih Hospital Bintulu bukan sahaja memperluas jaringan kemudahan kebajikan kepada waris pesakit di Sarawak, malah menjadi Anjung Kasih ke-20 yang diwujudkan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di hospital kerajaan seluruh negara sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2006.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata sehingga Jun 2026, seramai 132,535 waris pesakit mendaftar dan mendapat manfaat daripada kemudahan Anjung Kasih di seluruh negara, sekali gus membuktikan keberkesanan inisiatif dalam membantu keluarga pesakit yang memerlukan penginapan berhampiran hospital.

Beliau berkata Anjung Kasih Hospital Bintulu direalisasikan hasil kerjasama strategik antara YKN dengan Yayasan Bintulu Port — tajaan penuh berjumlah RM1.9 juta daripada Bintulu Port Holdings bagi menaik taraf bangunan kuarters jururawat lama menjadi kemudahan penginapan yang selesa dan kondusif.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan YKN dalam memastikan waris pesakit mempunyai tempat penginapan yang selesa ketika menemani ahli keluarga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Anjung Kasih Hospital Bintulu oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin.

Nancy bersama-sama Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendengar taklimat ringkas pengurusan sistem yang digunakan di Anjung Kasih Hospital Bintulu.

Nancy berkata, pembukaan kemudahan ini menjadikan Sarawak mempunyai empat Anjung Kasih iaitu di Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri, Hospital Sibu dan Hospital Bintulu, sekali gus memperkukuh akses kepada kemudahan kebajikan untuk waris pesakit di negeri ini.

Anjung Kasih Hospital Bintulu menyediakan 25 bilik penginapan termasuk sebuah bilik mesra orang kurang upaya (OKU) yang mampu menempatkan sehingga 75 penghuni pada satu-satu masa. Kemudahan ini turut dilengkapi ruang tamu, bilik kaunseling, ruang aktiviti, pantri, surau, ruang membasuh dan pelbagai kemudahan asas lain yang disediakan secara percuma

Dalam pada itu, Nancy menyeru agar lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dan yayasan korporat diseru menjalin kerjasama dengan YKN bagi memperluas penyediaan kemudahan penginapan sementara percuma untuk keluarga pesakit yang menjalani rawatan.

Nancy bersama-sama Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninjau ruang penginapan waris pesakit di Anjung Kasih Hospital Bintulu.

Menurutnya, kerjasama yang lebih kukuh antara kerajaan dengan sektor korporat membolehkan bantuan kebajikan disalurkan kepada lebih ramai golongan memerlukan selaras dengan pendekatan whole-of-society yang menekankan tanggungjawab bersama dalam menjaga kesejahteraan masyarakat.

Tegasnya lagi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kekal komited memperkukuh agenda kebajikan negara menerusi pelbagai dasar, program dan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada kumpulan sasar melalui agensi serta rakan strategik kementerian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka