ARTIKEL

Anjung Sinar untuk belia lepasan pusat pemulihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membangunkan projek perintis ‘Anjung Sinar’ sebuah pusat transit untuk belia berumur 18 tahun dan ke atas yang telah dibenarkan keluar daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak mempunyai ahli keluarga atau berasal daripada keluarga susah.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata matlamat projek itu ialah memperkasa dan memastikan kesejahteraan mereka dengan menyediakan peluang pendidikan, pekerjaan dan kemahiran.

“Kami mengalu-alukan pihak untuk berkolaborasi dan berharap projek baharu ini akan berjaya untuk generasi seterusnya… untuk kementerian, tugas kami ialah menerajui pelbagai inisiatif bertujuan memperkasa dan meningkatkan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan.

“Bagaimanapun kami tidak boleh melakukannya sendiri dan kami sentiasa menyambut baik idea baharu, sokongan dan penyertaan sektor swasta dalam arena Kemampanan Korporat dan Tanggungjawab Sosial (CSR),” katanya ketika merasmikan Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2023 di sini malam tadi.

Nancy berkata sejak 1980-an, kementerian itu telah mewujudkan kerjasama CSR yang berjaya seperti program Anjung Kasih oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) iaitu pusat penginapan sementara untuk ahli keluarga yang kurang berkemampuan menemani pesakit di hospital kerajaan.

“Terbaharu, kami menganjurkan Anjung Kasih Pulau Pinang dan ia tidak akan dapat direalisasikan tanpa Kumpulan Sunway. Seramai 85,596 keluarga pesakit telah memanfaatkan Anjung Kasih yang disediakan di 18 hospital kerajaan di seluruh negara secara percuma,” tambahnya. – BERNAMA
 

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)