Trending

Anjur Sukan Tarian Dunia di Sarawak tahun hadapan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kontinjen Kuala Lumpur muncul pasukan dominasi selepas merangkul empat gelaran tertinggi dalam kategori terbuka Belia A Latin Kejohanan dan Konvensyen Sukan Tarian Antarabangsa dan Terbuka Borneo (BOIDC) 2023 yang berlangsung di Hotel Raia semalam (Ahad).

Peserta bernombor 28, pasangan Ooi Ken Vin dan Zoe Tan Zi Wei menduduki tempat pertama diikuti pesaing negara jiran dari Hong Kong, Lam Tsz Kwan Arie dan Kwok On Yu yang sekadar berpuas hati di tangga kedua.

Manakala, tempat ketiga dan keempat dirangkul pasukan dari Kuala Lumpur iaitu pasangan Vincent Lee Chen Sheng dan Chong Le Xuan dan Jason Lee Chong Sheng dan Trixie Poon Yue Qing.

Kejohanan memperagakan tarian Latin iaitu Samba, Cha Cha, Rumba, Paso Doble, dan Jive, manakala bagi tarian standard terdiri daripada Waitz, Slow Foxtrot, Viennese Waitz, Tango, dan Quickstep.

12 negara terlibat termasuk Itali, Australia, Perancis, China, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, Singapura, Slovakia, Chinese Taipei, Hong Kong dan Malaysia.

Sementara, peserta Malaysia terdiri daripada Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan Melaka.

Majlis menyaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah hadir selaku tetamu khas, sekali gus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Fatimah dalam ucapannya berharap Sarawak terpilih menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Sukan Tarian Federasi (WDSF) pada tahun hadapan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru