Antara gambar kawasan yang dinaiki air

KUCHING: Beberapa kawasan rendah di bahagian Kuching dan Samarahan dilanda banjir pagi ini setelah hujan lebat bermula tengah malam tadi.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon 1 dikerahkan ke Kampung Sinar Budi Baru dan Batu 6 1/2 Jalan Penrissen bagi membantu mangsa banjir manakala di Kampung Hj Baki mereka menerima laporan pokok tumbang.

Anggota BBP Petra Jaya dikerahkan ke Taman Matang Jaya, BBP Lundu ke Kampung Sungai Empit, kampung Sungai Lundu dan Kampung Seketi

BBP Zon 2 pula dikerahkan ke lima lokasi iaitu BBP Siburan ke Taman Indah Landeh dan Kampung Jawa Semenggok.

BBP Kota Samarahan pula ke Taman Muara Tuang dan Taman Uni Vista.

Turut dinaiki air ialah di Taman Samarindah dan Taman Samarax.

BBP Serian pula bergegas ke Jalan Ensegai ekoran menerima laporan pokok tumbang.

Taman Samarindah
Taman Merlin Kota Samarahan

Kampung Jaong Kota Samarahan

Suara Sarawak