LONDON: Kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke hospital susulan jangkitan virus akut diberi antibiotik sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan bakteria.
Namun satu kajian baharu menunjukkan bahawa amalan ini mungkin tidak membantu meningkatkan peluang untuk sembuh.
Kumpulan penyelidik mengkaji kesan penggunaan antibiotik terhadap kelangsungan hidup lebih 2,100 pesakit di sebuah hospital di Norway antara 2017 dan 2021.
Penyelidik mendapati, pemberian antibiotik kepada pesakit yang mengalami jangkitan pernafasan biasa tidak mengurangkan risiko kematian dalam tempoh 30 hari.
Pada kemuncak pandemik, antibiotik diberikan kepada sekitar 70 peratus pesakit Covid-19 di beberapa negara, sekali gus menyumbang kepada kewujudan patogen kebal antibiotik.
“Data baharu ini, yang belum lagi diterbitkan dalam jurnal perubatan berkenaan penggunaan antibiotik yang berlebihan,” kata pengarang utama kajian, Dr Magrit Jarlsdatter Hovind dari Hospital Universiti Akershus dan Universiti Oslo, Norway.
Penggunaan berlebihan dan penyalahgunaan antibiotik membantu mikrob menjadi kebal terhadap banyak kaedah rawatan yang dianggap saintis pembangunan sebagai salah satu ancaman terbesar kepada kesihatan global.