ARTIKEL

Anugerah kepada pelajar cemerlang SPM 2022 Parlimen Bandar Kuching, Stampin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pusat Khidmat Bandar Kuching dan Stampin akan memberi anugerah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 menerusi Skim Anugerah Cemerlang SPM 2022.

Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen berkata, inisiatif yang dimulakan sejak tahun lepas itu diteruskan pada tahun ini sebagai usaha menghargai pelajar cemerlang di dua konstituensi tersebut.

“Pelajar yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas akan diberikan RM700, diikuti 9A (RM600), 8A (RM500), 7A (RM300) dan 6A (RM200),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak, hari ini.

Sementara, Pembantu Khas kepada Adun Pending Violet Yong, George Lam berkata, pemohonon itu terbuka kepada pelajar yang menetap di Parlimen Bandar Kuching dan Stampin atau bersekolah di kedua-dua kawasan parlimen tersebut.

Katanya, para pemohon perlu mengemukan salinan kad pengenalan, slip keputusan SPM 2022, sijil berhenti sekolah dan penyata bank dan menghantar permohonan tersebut ke https://forms.gle/X2fUbH57oUgsuLUr6.

Tambahnya, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun ini dan pemohon tidak perlu hadir ke Pusat Khidmat Parlimen Bandar Kuching dan Stampin untuk menghantar pemohonan.

Baca lain  Hadiah RM500,000 menanti belia dan remaja di Malaysia Techlympics 2022

Katanya, sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi DAP Kuching di talian 082-335531 atau 011-25181872.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii dan Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Michael Kong dan Sim Kiat Leng.

BERITA LAIN

Guna wang pampasan untuk pendidikan anak-anak

KUCHING: Penerima wang pampasan untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong disarankan untuk menggunakan pampasan tersebut dengan sebaiknya.

Program TVET mampu lahirkan graduan premium

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan yang premium selepas tamat pengajian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini.  Menteri Pendidikan, Inovasi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,