Trending

Anwar: 96 peratus syarikat Jepun kekal di M’sia 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, 96 peratus syarikat Jepun mahu terus kekal di Malaysia. 

Melalui hantaran di FB beliau, Anwar berkata Malaysia dan Jepun terus meraikan hubungan diplomatik kukuh masuk tahun ke-65. 

Jepun antara rakan dagang terpenting serta keempat terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan AS$41.21 bilion (RM181.51 bilion) pada 2022. 

Menurut Anwar, pada 2022 sebanyak 2,746 projek dilaksanakan dengan jumlah pelaburan AS$27.25 bilion (RM91.14 bilion) dan 336,326 peluang pekerjaan diwujudkan. 

Tahun ini menurut beliau, Malaysia memperoleh komitmen pelaburan dari Jepun RM23 bilion. 

Anwar mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko bersama delegasi daripada Dewan Perdagangan dan Industri Jepun Malaysia (Jactim) di Kementerian Kewangan semalam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru