ARTIKEL

Anwar ajak umat Islam hayati kesederhanaan ibadah haji, tidak terpukau dengan kemewahan dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam agar menghayati mesej kesederhanaan yang dipaculkan dalam ibadah haji agar umat Islam sentiasa tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara.

“Jangan kita terpesong dari tujuan. Dunia harus menjadi jambatan menuju negeri abadi,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidiladha yang disambut hari ini.

Anwar berkata peluang mengembara ke Makkah untuk menunaikan haji merupakan antara kurniaan besar Allah SWT kepada hamba-Nya selain mengenang manasik haji sebagai salah satu rukun Islam.

Namun, katanya, harus diingat, haji mempunyai maqasid kerohanian yang tersendiri, bertujuan mengubah jiwa manusia agar lebih zuhud dan sederhana.

Menurutnya, ketika berihram dengan pakaian serba putih yang kosong, jemaah diasuh dengan nilai kebersihan dan kesederhanaan, manakala segala busana mewah dan lencana kehormat harus ditinggalkan.

Anwar berkata, begitu juga wuquf di Arafah yang merupakan satu perhimpunan raksasa tanpa mengira status, darjat dan pangkat, yang membugar rasa insaf dan tawaduk di hadapan Allah SWT.

“Inilah tonggak kekuatan haji yang tidak tertandingkan, terpancar menerusi penghayatan dan amalan,” katanya.

Dalam pada meraikan kemeriahan Aidiladha, Perdana Menteri turut mengingatkan umat Islam supaya tidak melupakan golongan asnaf dengan berkongsi nikmat Tuhan dan membahagiakan mereka dengan mengerjakan ibadah korban.

Beliau turut mendoakan para jemaah yang kini berada di Makkah supaya beroleh haji yang mabrur dan pulang ke tanah air dengan sejahtera. – BERNAMA

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi