ARTIKEL

Anwar bangga Brunei, Indonesia dan Malaysia sepakat dalam isu Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berasa bangga kerana Brunei, Indonesia dan Malaysia sepakat serta tegas dalam isu Gaza di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco pada Jumaat.

“Saya bangga dalam hal ini, Indonesia, Malaysia dan Brunei sepakat serta tegas. Tuanku Sultan Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah) ada menyatakan tentang pertelingkahan di Timur Tengah. “Presiden Indonesia Jokowi menyebut tentang kekejaman yang berlaku di Gaza,” katanya.

Perdana Menteri berkata memandangkan isu itu dibawa ke platform APEC, Malaysia berbincang dengan Ekonomi-Ekonomi yang sehaluan dan sepakat untuk memperkenal perenggan berhubung krisis kemanusiaan di Gaza

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU