ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Anwar bangga penguat kuasa berani bertindak terhadap perasuah, penjenayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada badan penguatkuasaan di negara ini dan bangga atas keberanian mereka mengambil tindakan tegas terhadap perasuah dan penjenayah.

Beliau berkata, tindakan profesional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri terhadap kumpulan yang merompak kekayaan negara mampu membawa perubahan kepada negara agar kembali hebat serta dikagumi dunia selain menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita sekarang mengeluh hutang terkumpul mencecah hampir RM1.5 trilion, mahu belanja (dianggap) tidak bertanggungjawab, mahu cermat takut menjejaskan bidang pendidikan, penduduk miskin, kesihatan dan lain-lain.

“Sebab itu saya kata biar ada satu mesej jelas… apapun mahu disergah saya tidak peduli, sebaik sahaja kamu punggah kekayaan negeri untuk kepentingan peribadi atau keluarga, kami tetap bertindak, tangkap dan dakwa kamu barulah kita boleh jamin keselamatan negara masa akan datang,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ayer Keroh hari ini.

Anwar memberi contoh tindakan PDRM memberkas dalang sindiket judi di Sabah yang sebelum ini dibiarkan berleluasa bertahun-tahun dan sukar diambil tindakan. 

Beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang mempertikai ketegasan kerajaan mengambil tindakan tegas kepada segelintir individu disyaki terlibat membolot harta negara.

“Ia tidak mudah (ambil tindakan) kerana secara umumnya, semua bersetuju, tapi apabila ada tindakan, ramai mengeluh dan tindakan itu kadang-kadang melibatkan golongan ‘maha kaya’ yang telah mengumpul kekayaan berbilion ringgit (dan) masih ada yang pertahankan.

“Tapi apala kita ambil tindakan pada golongan perasuah besar negara timbul kenyataan seperti mengapa dendam, mengapa zalim atau mengapa tidak kira umur, saya (rasa) aneh,” katanya.

Beliau turut menggesa penjawat awam membantu usaha kerajaan menyelamatkan negara dan menolak amalan rasuah. – BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan