ARTIKEL

Anwar bawa mesej kemanusiaan di Gaza dalam lawatan kerja di Turkiye

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Tempoh kunjungan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Istanbul untuk pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan mungkin singkat, namun sebagaimana kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ia amat produktif.

Mesej utama yang disampaikan perdana menteri dalam pertemuan dengan presiden negara itu adalah betapa isu kemanusiaan serta nasib penduduk Palestin di rantau berkonflik di Gaza sentiasa menjadi perkara yang meruntun sanubari seluruh rakyat Malaysia, dan ada peranan yang boleh dimainkan Malaysia, Turkiye dan seluruh dunia.

Keakraban hubungan Malaysia dan Turkiye berada di tahap amat baik ketika ini, dengan melihat kepada pertemuan dan perbincangan antara Anwar dan Erdogan berlangsung beberapa kali dalam tahun ini sahaja.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU