ARTIKEL

ANWAR DOAKAN TUN ABDULLAH DIBERIKAN AFIYAH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam, diberikan afiyah secepat mungkin. 

“Semoga Tun Abdullah diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Abdullah, 85, perdana menteri kelima dari 2003 hingga 2009 dimasukkan ke IJN pada 3 petang semalam. 

Pejabat Urus Setia bekas Perdana Menteri itu memaklumkan pakar perubatan mendapati beliau mengalami Small Spontaneous Pneumothorax dan menasihatinya agar berehat secukupnya dengan pemantauan doktor pakar.

Sementara itu bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Abdullah mengesahkan bapa mentuanya stabil di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN untuk pemantauan doktor. 

Khairy yang mewakili ahli keluarga menzahirkan penghargaan kepada doa dan kata-kata semangat buat Abdullah berkata bapa mentuanya memerlukan rehat secukupnya dan dinasihatkan tidak menerima pelawat buat masa ini. 
Bernama

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU