ARTIKEL

Anwar gesa individu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Presiden PAS mohon maaf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seorang pengguna media sosial yang membuat ciapan biadab terhadap keadaan kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, supaya memohon maaf dengan segera.

Anwar menerusi ciapan di Twitter lewat malam tadi, turut menyatakan kekesalan berhubung tindakan individu berkenaan.

“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” katanya.

Akaun twitter @Zaki_Yamani_ menerusi ciapannya semalam, mendoakan supaya Abdul Hadi, yang dilaporkan sedang mendapat rawatan di hospital, supaya diambil nyawanya.

Lelaki itu turut berharap perkara yang sama, berlaku kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehingga pagi ini, individu berkenaan masih tidak memadam ciapan itu serta tidak memohon maaf.

Semalam, Muhammad Khalil, anak Abdul Hadi menerusi hantaran di laman Facebooknya memohon doa orang ramai dan solat hajat khusus untuk kesembuhan pemimpin PAS berkenaan, yang kini  menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.– BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU