Trending

Anwar Ibrahim di Singapura untuk lawatan kerja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Anwar Ibrahim | BERNAMA

SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura hari ini untuk lawatan kerja sehari yang padat.

Pesawat membawa Perdana Menteri yang diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 10.30 pagi.

Beliau disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Kementerian Luar republik itu hari ini memaklumkan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isterinya akan menjadi hos kepada Anwar dan Dr Wan Azizah pada majlis minum petang.

Kali pertama lawatan Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara itu adalah pada Januari lepas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berada di Singapura untuk menyertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute.

Sesi satu jam pertama iaitu A Conversation with the Prime Minister of Malaysia akan dikendalikan oleh pengacara dan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin.

Kemudian, diikuti dengan sesi 45 minit lagi, Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between YAB Prime Minister and Global Investors dengan Pengerusi Asia Milken Institute Robin Hu sebagai moderator.

Badan pemikir Milken Institute yang berpangkalan di California merupakan badan bukan berasaskan keuntungan dan tidak berpihak, menumpukan kepada mempercepatkan kemajuan untuk kehidupan yang bermakna. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru