Trending

Anwar: MA63 bukan untuk dirunding tetapi untuk dilaksanakan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERUCAP… Anwar ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan Kuching, malam tadi - Foto ALIF NONI

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa perkara yang dituntut di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak boleh dirunding dan akan dilaksanakan sebaik mungkin.

Menurutnya, kerajaan kini merupakan generasi penerus serta mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan janji yang dimeterai antara pemimpin negara ketika pembentukan Malaysia.

“Ada isu dibangkitkan mengenai MA63, bahkan jemaah menteri yang hampir semua ada di sini juga tahu pendirian kita.

“Justeru, MA63 bukan untuk dirunding tetapi untuk dilaksanakan. Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan hampir semua dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan Kuching, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar menambah beliau tidak mahu ada perasaan orang Semenanjung Malaysia meminggirkan Sabah dan Sarawak.

“Kami generasi baharu, kami generasi yang mahu melaksanakan dan mengotakan apa yang dikatakan.

“Termasuk apa yang telah dimeterai oleh bapa-bapa kita, tanggungjawab kita untuk melaksanakannya sebagai satu bangsa Malaysia yang hebat dan terkenal,” tegasnya.

Anwar juga memberitahu, beliau mahu “Segulai Sejalai” menjadi slogan yang diucapkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru