ARTIKEL

Anwar Ibrahim (kanan) bergambar dengan Li Qiang pada Majlis Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana hari ini. - Foto: BERNAMA

Anwar rai rakan sejawat Li Qiang pada majlis makan tengah hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan rakan sejawatannya dari China,  Li Qiang, pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana di sini.

Li, yang tiba di Malaysia semalam bagi lawatan rasmi tiga hari, disambut oleh Anwar sebaik tiba pada 12.38 tengah hari di kediaman rasmi perdana menteri itu.

Majlis makan tengah hari itu juga dihadiri menteri-menteri Kabinet, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Li sebelum itu mengadakan perbincangan dengan Anwar di Perdana Putra bagi memperkukuh hubungan dua hala serta bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
 
Selain itu, kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman dan persetujuan dalam pelbagai bidang kerjasama, antaranya ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ke China. 

Lawatan Li itu merupakan julung kalinya diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China selepas penandatanganan Kenyataan Bersama oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, dan Perdana Menteri China ketika itu, Chou En Lai, pada 31 Mei 1974.

Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan Malaysia terbesar selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM450.84 bilion (AS$98.90 bilion). 

Hubungan diplomatik Malaysia dengan China bertambah kukuh sejak penaiktarafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada tahun 2013. – BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

BERITA TERBARU

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat