ARTIKEL

Setiausaha Politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi (dua kiri) menziarah Nur Azifah menerusi Ziarah MADANI di kediaman pelakon itu di Hulu Kelang untuk menyampaikan sumbangan Anwar. | Foto: FB Anwar Ibrahim

Anwar sampaikan sumbangan kepada pelakon, Nur Azifah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon, Nur Azifah Zainon Abidin, bagi membantu meringankan beban kos perubatan kanser.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, ketika menziarah Nur Azifah menerusi Ziarah MADANI di kediaman pelakon itu di Hulu Kelang.

“Saudari Nur Azifah telah menderita sejak tahun lepas akibat kanser payu dara.

“Pelakon drama ‘Istidraj’ dan ‘Seindah Tujuh Warna Pelangi’ ini perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat kanser tersebut, namun kos rawatan yang ditanggung amat membebankan.

“Saya mendoakan saudari Nur Azifah dikurniakan keafiatan oleh Allah SWT dan beliau diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan ibu kepada lima anak itu memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatannya.

Antara drama dilakonkan Nur Azifah, 60, ialah ‘Seindah Tujuh Warna Pelangi’, ‘Istidraj’, ‘Kalimah Jiwa’, ‘Dia Bidadari Syurga’, ‘Inikah Dikatakan Cinta’, ‘Syurga Noah’, ‘Ratu Lori’ dan ‘Suri Cinta’. — BERNAMA

BERITA LAIN

CHE TA puji pakaian AAISYAH

BARU-BARU INI, tular satu video dimuat naik di TikTok milik Che Ta yang memuji anak perempuannya, Aaisyah memakai khimar. Menerusi video tersebut, Che Ta memberitahu

SEUNG GI terima tempias

PELAKON dan penyanyi, Lee Seung Gi menerima tempias akibat perbuatan bapa mentuanya yang dituduh atas kesalahan memanipulasi harga saham. Seung Hi minta meninggalkan dunia seni

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU