ARTIKEL

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Anwar teguh pertahan Gaza di tengah-tengah perbincangan dua hala

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjol dalam kalangan pemimpin negara-negara perdagangan kerana pendiriannya yang lantang bersuara tentang krisis kemanusiaan di Gaza.

Melalui lawatannya ke Australia dan Jerman baru-baru ini untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan kedua-dua negara, Anwar tetap berpegang teguh dengan pendapatnya terutama melibatkan konflik di Asia Barat.

Penganalisis politik Rahman Hussin berkata Anwar tetap setia dengan perjuangannya kerana sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau adalah penyokong Palestin dan Hamas.

“Kenyataannya beliau berkata: tiada apa yang kita lakukan hari ini boleh menolak 60 tahun kekejaman yang telah berlaku kepada rakyat Palestin”.

“Dan beliau membuat kenyataan itu dan beliau mempertaruhkan pendiriannya yang membuktikan bahawa beliau tidak menyimpang daripada apa-apa yang sebenarnya beliau percayai dalam soal perjuangan Palestin,” katanya yang menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara, The Nation di Bernama TV, Jumaat.

Rahman juga berkata lawatan Perdana Menteri ke Jerman baru-baru ini menonjolkan keupayaan Malaysia, terutamanya dalam kalangan pemimpin kita.

BERITA LAIN

Lebih ramai profesional perubatan diperlukan

KUCHING: Lebih ramai profesional dalam bidang perubatan diperlukan seiring dengan pemilihan Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh syarikat terkemuka, Roche Pharmaceuticals, sebagai tapak untuk ujian klinikal

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

BERITA TERBARU