ARTIKEL

Anwar tegur “sayang” Imigresen, isu kesesakan pelancong di pintu masuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.

Menyifatkan teguran itu ibarat ‘kasih kepada anak’ bagi menambah baik perkhidmatan agensi berkenaan menangani isu kesesakan kemasukan pelancong asing ke Malaysia, Anwar berkata pelancong tidak akan menerima sebarang alasan susulan kelewatan yang mengakibatkan mereka menunggu lebih lama dan berharap perkara tersebut dapat ditangani dengan baik.

“Bukan apa, jumlah pelancong naik mendadak, Malaysia menjadi tarikan dan beberapa bulan awal (tahun ini), mencecah peningkatan 80 peratus dan tentunya menjadi tekanan kepada agensi.

“Kadang-kadang kita tegur macam kasih kepada anak, jadi jangan ambil hati, dalam semangat hari raya ini, maaf zahir dan batin, saya harap Imigresen maafkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan dokumen terima rujukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) dan sambutan Aidilfitri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini.

Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU