Trending

Anwar tertarik cogan kata Segulai Sejalai, jadi tema perpaduan M’sia 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengaku tertarik dengan cogan kata “Segulai Sejalai” yang bermaksud “Bersama Untuk Perpaduan” digunakan pada sambutan Hari Gawai di Sarawak. 

“Cogan kata ini telah saya angkat sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara dan ia juga bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” tulis Anwar di Facebooknya pada Khamis. 

Menurut Anwar, sudah tiba masanya rakyat khususnya di Semenanjung belajar dari Sarawak bagaimana perpaduan di antara pelbagai kaum dapat digunakan untuk membina negara. 

“Ia juga seiring dengan titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentang perlunya semangat perpaduan dipupuk dan tidak menimbulkan isu yang boleh memecah belah masyarakat.” tulis beliau. 

Sambutan Gawai Dayak peringkat Kebangsaan berlangsung di BCCK, Sarawak yang turut dihadiri tamu utama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri serta Premier Abang Johari Tun Openg dan pemimpin Persekutuan dan Negeri. 

Pada majlis tersebut, Anwar turut mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk inisiatif pengukuran tanah NCR di Sarawak.

Foto: FB Anwar Ibrahim
Foto: FB Anwar Ibrahim
Foto: FB Anwar Ibrahim

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru