ARTIKEL

Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TASHKENT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan, yang bertujuan meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari Kazakhstan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent di sini pada pukul 2.15 petang waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia).

Sebaik tiba Anwar disambut oleh Perdana Menteri Uzbekistan Abdulla Nigmatovich Aripov, Menteri Luar Uzbekistan Bakhtiyor Saidov, Datuk Bandar Tashkent Shavkat Umrzakov dan Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan Ilham Tuah Illias.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata lawatan rasmi ini adalah atas jemputan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev.
Uzbekistan adalah perhentian terakhir lawatan Anwar ke tiga negara Asia Tengah. Anwar sebelum ini membuat lawatan rasmi ke Kyrgyzstan dan Kazakhstan.

BERITA LAIN

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU