ARTIKEL

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway, Sepanyol yang iktiraf negara Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol kerana berada di landasan sejarah yang tepat, serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan, dalam mengiktiraf negara Palestin.

Anwar berkata niat murni mereka untuk mengiktiraf negara Palestin seperti yang diumumkan semalam, adalah bukti bahawa mereka memperakui hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri.

“Detik bersejarah ini menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua Timur Tengah. Kepada negara-negara lain yang belum berbuat demikian, fahami fakta ini: bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan warga Palestin.

“Usaha mereka dalam mencari dan menjelmakan keadilan tidak mampu tertahankan lagi. Ayuh bersama di garis ini dalam mengemudi sejarah lantas memungkinkan perubahan yang bermakna buat rakyat Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam beberapa media antarabangsa melaporkan bahawa ketiga-tiga negara itu membuat pengumuman akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi mulai 28 Mei. 

Laporan oleh media Al Jazeera menyatakan bahawa di peringkat global 143 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf sebuah negara Palestin.

– BERNAMA 

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU