Trending

AP Stall vendor pilihan Peniaga Mukah letak barang jualan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SUDAH menjadi trend dalam kalangan pemilik gerai menyediakan tapak vendor kepada peniaga kecil di kawasan masing-masing.

Terkenal dengan nama AP Stall, tapak jualan ini menjadi vendor pilihan peniaga kecil Mukah.

Pemiliknya, Fazila Satma Majidi, 30, mendedahkan dia membuka peluang vendor kepada peniaga kecil sejak tahun lalu.

“Saya bermula sebagai peniaga yang menjual nasi lemak ayam goreng, kini terdapat pelbagai makanan dijual di gerai saya.

KONGSI REZEKI

“Alhamdulillah, kini saya mempunyai lebih 30 peniaga kecil yang bernaung di bawah gerai AP Stall dengan pelbagai jenis makanan dijual,” katanya kepada Suara Sarawak.

PENDAPATAN SAMPINGAN

Fazila Satma atau lebih dikenali sebagi AP juga mengatakan, tujuannya menjadi vendor adalah untuk membantu suri rumah dan wanita bekerja yang mahu menjana pendapatan sampingan.

“Ada antara mereka yang tidak boleh menghantar jualan terus kepada pelanggan.

Jadi, saya ambil inisiatif membantu mereka meneruskan perniagaan.

“Awalnya memang agak susah mendapatkan kepercayaan peniaga, sekarang mereka sudah meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada saya untuk dijadikan tempat menjual produk.

“Jualan yang diletakkan di sini setiap hari semuanya hampir habis kerana lokasi yang strategik dan saya mula beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang,” ujarnya.

Tambahnya, dia turut memanfaatkan media sosial yang ada sebagai paltform utama mempromosikan jualan di gerainya.

“Selain promosi di Facebook, saya juga membuat kandungan video jualan yang ada di TikTok dan Instagram.

“Dalam kita berniaga, kita mesti rajin mempromosikan jualan.

“Jika ada yang mengkritik, kita mesti terima dengan hati terbuka dan mengambil peluang itu untuk memperbaiki kekurangan jualan,” katanya.

PILIHAN PELANGGAN AP

juga mempelawa peniaga di kawasan Mukah terutama suri rumah dan wanita bekerjaya yang tidak dapat melakukan penghantaran jualan agar menghantar jualan mereka ke gerainya.

Pada masa sama, gerai AP juga terkenal dengan pelbagai jenis cucur, donat dan corndog.

Disebabkan produk gerainya pernah tular, ia sekali gus menarik pelanggan membeli jualan peniaga lain yang disediakan di gerainya.

“Istimewa produk gerai AP Stall, kerana kami menggunakan adunan dan cita rasa sendiri.

Alhamdulillah, ia menepati cita rasa orang ramai.

“Saya berharap semua peniaga di Mukah terus berniaga dan sentiasa berusaha memperkenalkan produk masing-masing demi menarik pelanggan,” ujarnya.

Perkhidmatan menyediakan vendor kepada orang ramai diharap dapat membantu lebih ramai peniaga kecil sekali gus membuka kedai sendiri pada masa akan datang.

Bagi mereka yang berminat meletakkan jualan di AP Stall dan lepasan sekolah yang ingin bekerja separuh masa, boleh terus ke Facebook AP Stall Ezz Bundle atau hubungi 019-407 5628.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

SI CANTIK CILIK

»GiatMara Mambong dengan kerjasama Abe Amir Collection menganjurkan acara Pertunjukan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru