Trending

Apa yang Chong Chieng Jen telah lakukan sebelum ini?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sebagai bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), apa yang Chong Chieng Jen telah lakukan untuk membendung kenaikan harga barang sepanjang memegang jawatan tersebut? Soal Setiausaha Agung Ketua Pemuda SUPP, Milton Foo.

Milton berkata demikian membalas kenyataan bersama bekas Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail dan Chong Chieng Jen meminta Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk berpegang teguh pada dasar kawalan harga kerajaan terdahulu dan menuduh kerajaan sekarang lambat bertindak dan tidak dapat mengawal kenaikan harga dengan baik.

Menurut kenyataannya, dia telah beberapa kali mencabar Chieng Jen pada tahun lalu iaitu pada 22 Januari dan 29 Januari dan tahun 2018 melalui media untuk mendedahkan harga barang yang menurutnya turun 70 peratus.

Kata Milton, dia turut mencadangkan Chieng Jen untuk mengadakan beli-belah bersama pengguna untuk membeli barangan yang lebih murah di bandar.

Tambahnya, pada 17 Oktober 2018, Chieng Jen berkata harga barang telah turun 70 peratus kerana pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.

“Chieng Jen selanjutnya berkata bahawa secara keseluruhan, 70 peratus atau harga 291 barangan (dari 417 baranagan isi rumah yang disurvei) dikurangkan, ketika menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Datuk Alexander Nanta Linggi di Dewan Rakyat.

“Sejak itu, saya menuntut Chieng Jen untuk mendedahkan senarai barang yang telah turun harga dan dia menyahut cabaran saya dengan mengeluarkan senarai harga barang lebih murah.

“Saya dapati harganya tidak sesuai dan berbeza dengan yang dihasilkan oleh peruncit dan peniaga,” kata Milton.

Katanya lagi, Chieng Jen dinasihatkan cermin diri sendiri dahulu sebelum menuding jari ke orang lain.

“Sama ada dia menjalankan tugas dengan baik ketika menjadi timbalan menteri KPDNHEP ketika itu, jawapannya terang dan jelas. Orang ramai telah mengetahui fakta tersebut,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru