Apa yang  Soon Koh lakukan?

KUCHING: Adun Muara Tuang Datuk Idris Buang berkata, Adun Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh seharusnya memahami tatacara memperoleh kewangan negeri untuk rakyatnya.

“Beliau telah menjawat jawatan Menteri Kewangan Kedua selama 15 tahun, beliau harus memikirkan cara untuk mendapat kewangan untuk rakyat sebelum ini.

“Apa yang beliau lakukan untuk meningkatkan aliran pendapatan bagi Sarawak?” soal Idris.

Beliau menegaskan, ini merupakan bukti Soon Koh hanya sekadar memanaskan kerusi jawatan miliknya sebelum ini, dan mengkritik Kerajaan Sarawak yang beliau pernah menjadi sebahagian daripadanya.

Katanya, Soon Koh seharusnya hadir ke persidangan untuk menyokong Kerajaan Sarawak dalam Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan (2019) dan Rang Undangundang Pembekalan Tambahan (2020).