Aplikasi Anak Sarawak semuanya tentang Bumi Kenyalang

KOTA SAMARAHAN: Aplikasi telefon bimbit Anak Sarawak atau AnakSarawak Mobile App bakal menjadi salah satu aplikasi yang memudahkan semua komuniti di negeri ini berkomunikasi antara satu sama lain. 

Ketua Pegawai Eksekutif Taqwatech Sdn. Bhd. yang juga pengasasnya, Mohd Zharif Drahman berkata, aplikasi itu lebih fleksibel dan bersifat komuniti. 

“Aplikasi ini baharu sahaja dibangunkan dua bulan lalu dan menyasarkan komuniti tempatan negeri ini. 

“Kami memperkenalkannya sekarang kerana apabila bercakap aplikasi khususnya iOS, ia sentiasa memerlukan kemas kini sistem. 

“Aplikasi seperti ini memerlukan peruntukan untuk membeli pelayan komputer kerana ia berhubung rapat dengan media sosial. 

“Apa-apa sahaja data yang disimpan pengguna, ia tidak akan berkurangan tetapi terus bertambah,” katanya pada sidang media pelancaran aplikasi Anak Sarawak di Taman D-Virtual di sini, semalam. 

Sementara itu Taqwatech Sdn. Bhd menggunakan kemudahan infrastruktur digital yang disediakan Serba Dinamik seperti hab inovasi dan akses kepada pusat data bagi penyimpanan data produk serta perkhidmatan. 

Aplikasi Anak Sarawak boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play atau App Store – pengguna boleh mendaftar akaun mereka hanya menggunakan nombor telefon bimbit dan kata laluan sendiri. 

 

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 9 April 2021

 

Suara Sarawak