GEDONG: Bengkel gubahan bunga, susun atur dan penataan meja makan dilihat mampu membuka peluang pekerjaan kepada suri rumah khususnya bidang katering.
Dikendalikan oleh tiga tenaga pengajar, bengkel itu memberi peluang kepada para wanita untuk mempelajari teknik gubahan bunga, penataan meja makan, pemilihan bahan serta cara menggubah bunga untuk menjadi hiasan menarik.
“Seramai 35 peserta yang kebanyakannya wanita menyertai bengkel ini bagi mengasah bakat serta kreativiti masing-masing, di samping mengaplikasi kemahiran yang dipelajari sebagai sumber pendapatan.
“Diharap bengkel seumpama ini dapat diperluaskan ke kawasan lain agar golongan wanita terutamanya suri rumah berpeluang menyertai kursus atau bengkel itu kelak,” kata jurucakap penganjur bengkel.
Hadir sama, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Gedong, Aszailila As-Obeng; Naib Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong, Ali Bujang; Ketua Pergerakan Wanita Cawangan Gedong, Hasanah Majais; Ketua Pemuda Cawangan Gedong, Maharthir Oyak, Pemanca Abang Ronnie Abang Sa’adeli dan Penghulu Adian Salleh.