Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Monkeywash inovasi perkhidmatan cuci kereta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan cuci kereta dalam talian terbesar di Malaysia, Monkeywash semalam melancarkan aplikasi mudah alih yang menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan dan 100 modal perniagaan mikro melalui aplikasi dan kios cuci kereta.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Monkeywash Terry Swee berkata platform itu adalah satu kejayaan dalam ekosistem perniagaan tempatan kerana ia membekalkan peluang menjana pendapatan kekal atau sampingan bermula sebagai pemilik kios cuci kereta.

“Beberapa tahun kebelakangan ini amat mencabar, semua warganegara tempatan telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Secara peribadi, saya diberi kesempatan istimewa untuk bersama dengan rakan sekalian untuk menyediakan servis cuci kereta dalam talian sambil menjana pendapatan lumayan demi merentasi keadaan tidak terkawal seperti pandemik ini.

“Monkeywash sekarang aktif di Lembah Klang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Bintulu serta Johor Bahru. Banyak lagi negeri akan dibuka dan dengan bangganya juga akan memulakan operasi di negara jiran iaitu Brunei bulan depan,” katanya dalam kenyataan.

Swee berkata selain itu, platform berkenaan akan menyediakan perkhidmatan cuci baju dan cuci rumah pada masa depan.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker yang berbangga dengan kejayaan pengasas Monkeywash yang masih muda telah memulakan perniagaan diperlukan oleh pasaran selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bencana alam yang berlaku.

Dalam kenyataan sama, Ti berkata kerajaan berminat meneruskan kerjasama dengan sektor swasta untuk menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada golongan muda di Malaysia sebagai sumber pendapatan sampingan atau kekal.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan MK Dr Raymond Ang memuji kecemerlangan pengurusan syarikat dalam memacu pertumbuhan, kejayaan dan pemasaran yang memartabatkan Monkeywash sebagai satu daripada rangkaian dan platform cuci kereta kegemaran Malaysia.  — BERNAMA

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News