Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Aplikasi pelancongan Sarawak tawar pengalaman menarik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abdul Karim mencuba aplikasi ‘Sarawak Travel’ pada Majlis Memperkenalkan Portal dan Aplikasi Pelancongan Sarawak Generasi Baharu oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Kuching, hari ini.

KUCHING: Portal dan aplikasi pelancongan Sarawak kini berwajah baharu serta dipertingkatkan dengan lima modul yang menawarkan pengalaman digital menarik untuk pengguna.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, laman sesawang dan aplikasi ‘Sarawak Travel’ yang dinaik taraf tersebut menawarkan pengalaman menyeronokkan untuk pelawat yang ingin memanfaatkan sepenuhnya masa mereka di negeri ini.

“Modul satu hingga empat memberikan pengalaman lawatan maya ke pelbagai destinasi pelancongan dengan maklumat terperinci seperti Tapak Warisan Kuching Lama, Taman Negara serta jejak makanan. Ini juga termasuk model 3D produk ikonik seperti Kampung Budaya Sarawak, Taman Negara Mulu, Taman Negara Bako dan banyak lagi.

Abdul Karim mencuba aplikasi ‘Sarawak Travel’ pada Majlis Memperkenalkan Portal dan Aplikasi Pelancongan Sarawak Generasi Baharu oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Kuching, hari ini.

“Manakala modul lima ditambah ciri permainan geolokasi yang menyeronokkan, dengan pelawat boleh menerima cabaran untuk mengumpul lencana bagi membuka kunci kepada pelbagai pencapaian.

“Melalui teknologi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) pula, pengguna boleh mencuba cara yang menyeronokkan untuk menerokai Sarawak termasuk melawat tempat tarikan pelancongan seperti Tebingan Sungai Kuching, Muzium Sejarah Cina, Galeri Brooke dan lain-lain,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian pada Majlis Memperkenalkan Portal dan Aplikasi Pelancongan Sarawak Generasi Baharu oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Menurutnya, portal dan aplikasi tersebut turut dilengkapi dengan teknologi canggih seperti komponen Realiti Maya (VR) dan Realiti Diperkukuhkan (AR) yang membolehkan pengguna merasai pengalaman pandangan 360 darjah.

Tambahnya, pelancaran tersebut sekali gus satu lagi peristiwa penting dalam industri pelancongan Sarawak kerana strategi pendigitalan yang mantap amat diperlukan untuk terus kekal berdaya tahan.

Portal dan aplikasi tersebut diusahakan oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), STB dan Unimas.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News