ARTIKEL

Foto: Dr Noormi (tiga kiti) bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah (kiri), melawat salah satu reruai Program Bulan Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Kebangsaan 2024 di sebuah pusat beli belah di sini.

Aplikasi telefon bimbit saring kanser mulut tingkat pengesanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Tiga kampung di Sarawak, iaitu Kampung Peros (Bau), Kampung Pasir Hulu (Lundu), dan Kampung Entangor (Sebuyau), terlibat dalam projek rintis Mobile Mouth Screening Anywhere (MeMoSA).

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Malaysia (KKM), Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata aplikasi telefon bimbit untuk saringan kanser yang dilaksanakan oleh Kajian Kanser Malaysia (CRMy) bertujuan meningkatkan jangkauan pengesanan awal lesi mulut.

Di samping itu, katanya, ia meningkatkan kebolehcapaian pengesanan kanser mulut dalam kalangan komuniti terpencil dengan penggunaan kesihatan digital.

“Teknologi yang dibangunkan ini diharap dapat meningkatkan pencapaian 30 peratus pengesanan awal kanser mulut di Tahap 1 yang mana ia merupakan sasaran Pelan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2022-2030.

“Projek rintis ini melibatkan tiga buah kampung sejak ia dimulakan pada 6 Disember 2023.

Ekspestasi projek adalah untuk melihat kebolehterimaan dan kebolehlaksanaan penggunaan kesihatan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM, Dr Noormi Othman, pada Majlis perasmian penutupan Bulan Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Kebangsaan 2024 di pusat beli-belah Summer Mall, hari ini.

Untuk berita lebih terperinci, sila langgani dan layari e-paper Suara Sarawak secara percuma.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.