ARTIKEL

JUARA... Pemain APM Bau merakam gambar bersama ahli jawatankuasa penganjur.

APM Bau juara, gondol hadiah wang tunai, piala dan pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 melabuhkan tirainya hujung minggu lalu.

Seperti mana dijangka, pasukan APM Bau berjaya mencipta kejutan apabila muncul juara menewaskan KOHAKI B (15-11, 17-14) pada aksi final yang berlangsung di gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching.

UNTUK KENANGAN… Pemain dari empat pasukan merakam gambar bersama selesai majlis penyampaian hadiah.

Kejayaan itu membolehkan pemain.pasukan APM Bau menerima wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat.

Sambil wang tunai RM500 termasuk piala dan pingat diterima pemain pasukan KOHAKU B selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan Sejingkat Lions A dan Sentosa yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM300, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengerusi ATAS, Abang Kamaruzaman Abang Marshid dan Ketua Kaum Man@Mohamad Yusop.

Kejohanan terbabit berlangsung dua hari (25 & 26 Mei) dan disertai 26 pasukan.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU