ARTIKEL

APM sasar latih 330,000 orang awam ilmu asas pertahanan awam setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan untuk memberi latihan asas ilmu pertahanan awam kepada 330,000 orang awam setiap tahun, kata Ketua Pesuruhjayanya Datuk Aminurrahim Mohamed.

Beliau berkata, tahun ini APM melatih 240,000 orang awam yang terdiri daripada golongan pelajar serta kakitangan agensi kerajaan.

“Kita yakin dapat mencapai sasaran 330,000 memandangkan ada dua bulan lagi sebelum memasuki tahun baharu,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU