HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

APMM Miri tahan dua bot nelayan kelas C ceroboh zon larangan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Dua buah bot yang ditahan olehMaritim Miri kerana kesalahan menjalankan aktiviti perikanan di zon larangan

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah menahan dua bot nelayan tempatan kelas C di perairan Miri sekitar 10.35 malam semalam atas kesalahan menjalankan aktiviti perikanan di zon larangan.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Md Fauzi Othman berkata aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Permai telah mengesan dan menahan kedua-dua bot nelayan tersebut yang leka menjalankan aktiviti penangkapan ikan pada kedudukan tujuh batu nautika di Utara Kuala Baram.

Md Fauzi berkata tangkapan yang dijalankan hasil adalah aduan daripada komuniti maritim setempat mengenai aktiviti penangkapan ikan dari jarak yang ditetapkan pada syarat sah lesen atau lebih dikenali dengan penangkapan ikan secara tarik tepi.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot disyaki telah melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang dari 12 batu nautika dari daratan seperti mana yang ditetapkan di dalam buku lesen.

“Kedua-dua bot nelayan tersebut dikendalikan oleh sembilan orang awak-awak termasuk tekong yang kesemuanya lelaki warga Indonesia berumur dalam lingkungan 25 hingga 55 tahun serta mempunyai pasport pengenalan diri dan permit pekerjaan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Md Fauzi memberitahu, kesemua kru, dua bot serta hasil tangkapan dianggarkan lebih kurang 900 kilogram ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Pulau Melayu, Miri untuk siasatan lanjut.

Tegasnya, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah pada lesen.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan mengalu-alukan sebarang aduan mengenai sebarang kegiatan salah di laut.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” ujarnya.

Bot yang ditahan pada Op Permai pada malam Sabtu

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru