APMM tahan sebuah kapal tangki dengan empat awak-awak

MIRI: Sebuah kapal tangki minyak dikendalikan empat awak-awak termasuk dua warga Vietnam tidak berpermit ditahan pada jarak lebih kurang 89 batu nautika di barat laut dari Tanjung Lobang, pada Khamis.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, kapal itu dikesan ketika aset Maritim sedang menjalankan rondaan ‘Op-Permai’ sekitar jam 12.50 tengah hari.

Menurutnya, kapal terbabit dikendalikan empat awak-awak termasuk seorang tekong berumur 41 hingga 49 tahun.

“Dua daripada kru merupakan warga tempatan manakala dua lagi warga Vietnam disyaki tidak mempunyai permit kerja yang sah di atas kapal yang berdaftar di Malaysia

“Pemeriksaan lanjut mendapati lesen kapal domestik (DSL), vesel tersebut tamat tempoh serta tiada pelepasan pelabuhan dam tiada permit menggunakan kru warga asing,” katanya.

KRU… Empat kru yang ditahan di dalam kapat tersebut

Suara Sarawak