ARTIKEL

Apple Vision Pro bersadur emas berharga RM188,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Caviar, syarikat terkenal dengan pembuatan peralatan teknologi popular mewah, berhasrat mengeluarkan Apple Vision Pro bersadur emas 18 karat.

Harga bagi peralatan biasa Apple Vision Pro di pasaran terkini ditawarkan dengan harga permulaan AS$3,499 (RM16,500).

Untuk edisi emas tersebut, harga peranti bakal diiklankan sekitar AS$40,000 (RM188,000).

Peranti kepala bersadur emas tersebut diperbuat daripada kulit Connolly.

Ia mempunyai lampiran penutup visor emas diilhamkan daripada cermin mata Tom Ford flip-up dan topeng ski Gucci.

Apple Vision Pro Edisi Caviar ini menjadi keluaran edisi terhad sebanyak 24 unit, dianggar dilancarkan pada awal 2025.

Baru-baru ini, Caviar turut menyenaraikan iPhone 15 Pro yang telah diubah suai untuk dipadankan dengan Apple Vision Pro berharga AS$8,060 (RM38,000) yang dapat ditempah di laman web Caviar.

BERITA LAIN

Semua penerbangan dari LTAK batal, ribuan kandas

KUCHING: Semua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dibatalkan hari ini, menyebabkan ribuan orang terkandas. Ia melibatkan penerbangan Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Batik Air

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh