ARTIKEL

Aquila pastikan gawang sukar ditembusi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENJAGA gol Sarawak United FC, Aquila Abdul Rhaman terus komited untuk memastikan gawang pasukan tidak mudah ditembusi pihak lawan dengan memberi fokus utama kepada latihan teknikal dan taktikal.

Aquila, 20, berbangsa Iban campuran Bidayuh dan berasal dari Bau merupakan penjaga gol termuda dalam Liga Premier 2020 setelah diberi kepercayaan oleh SUFC untuk menjaga gawang pasukan dalam aksi liga.

Katanya, memberi fokus utama kepada latihan taktikal bersama pasukan dan meningkatkan prestasi permainan kepada yang lebih baik daripada sebelum ini.

“Sebelum ini, kelemahan saya adalah kurang memberi arahan kepada semua pemain semasa pasukan berdepan aksi sukar mempertahankan benteng daripada ditembusi pihak lawan.

“Tambahan pula, ini merupakan pertama kali saya mengikuti pasukan senior dalam aksi Liga Premier. “Latihan juga jauh berbeza berbanding pasukan saya sebelum ini,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Beliau berkata, sebelum menyertai  skuad senior beliau pernah bersama pasukan Sarawak United FC IV untuk Piala Belia dan Sarawak United FC III untuk Piala Presiden.

Aquila berkata, latihan jauh berbeza antara pasukan senior dan junior apabila skuad muda lebih kepada tahap pembelajaran dan pengenalan kepada permainan bola sepak sebelum layak terpilih ke pasukan senior.

“Namun begitu, saya bersyukur dan berterima kasih kepada Ketua Jurulatih Bola Sepak Sukma Sarawak Ahmad Fairuz apabila beliau banyak mengajar cara permainan teknikal dan taktikal sama seperti pemain senior,” katanya lagi.

Selain itu, beliau turut tersenarai dalam pasukan bola sepak Sukma Sarawak untuk mewakili negeri ke Sukma XX-Johor 2020 yang akan berlangsung pada bulan Mac 2021.

Tambah Aquila, sasarannya untuk pasukan SUFC adalah berjaya layak ke Liga Super untuk tahun 2021.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU