Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Ar-Rahnu Tekun buka cawangan di Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
MERASMIKAN.. Tan Sri Noh Omar memotong reben sebagai tanda perasmian Ar Rahnu TEKUN Cawangan Kuching
MERASMIKAN.. Tan Sri Noh Omar memotong reben sebagai tanda perasmian Ar Rahnu TEKUN Cawangan Kuching

KUCHING: Ar Rahnu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah membuka satu lagi cawangan di Kuching yang bertempat di Pusat Komersial Swan, di sini.

Majlis perasmian bagi cawangan baharu itu telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Tan Sri Noh Omar.

Menurut beliau, ia adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembiayaan melalui gadaian emas kepada orang ramai yang mana mengetengahkan elemen pembiayaan mikro pajak gadai Islam patuh Syariah.

“Kelebihan yang disediakan termasuklah penawaran kadar keuntungan serendah 0.5 peratus bagi setiap RM100 nilai marhun iaitu nilai atau harga emas bagi barang yang digadai pada masa transaksi berlaku.

“Malah, pembiayaan gadaian yang ditawarkan boleh mencecah sehingga RM150,000 dengan margin pembiayaan sehingga 80 peratus daripada nilai marhun,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pembukaan Ar Rahnu Tekun Nasional Cawangan Kuching, hari ini.

Tambah beliau, Ar Rahnu Tekun telah berjaya membantu menyediakan pembiayaan melalui gadaian emas dengan lebih daripada 73, 890 transaksi yang berjumlah RM228.7 juta dalam tempoh operasi dari tahun 2015 hingga 17 Januari 2022.

“Sehingga kini, cawangan Ar Rahnu TEKUN telah dibuka bukan sahaja di Sarawak malah di seluruh Malaysia.

“Ar Rahnu Tekun Nasional Kuching itu adalah cawangan ke-10 selepas Shah Alam dan Semenyih di Selangor, Wangsa Maju dan Sentul (Kuala Lumpur) Alor Setar (Kedah) Johor Bahru (Johor), Tawau (Sabah) serta Kota Bharu dan Tanah Merah di Kelantan,” ujarnya.

Untuk rekod, Ar Rahnu Tekun Cawangan Kuching telah mula beroperasi pada 13 Disember 2021.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru