ARTIKEL

Arab Saudi peringatkan impak bahaya jika Israel mahu gempur Rafah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RIYADH: Arab Saudi mengeluarkan kenyataan keras berhubung rancangan Israel mahu menyerang Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin.

Kementerian Luar Arab Saudi memberi amaran “impak bahaya” akibat serangan Israel ke atas Rafah itu yang merupakan kawasan terakhir bagi ratusan ribu rakyat Palestin di Gaza untuk berlindung sejak pencerobohan kejam Zionis bermula.

Dalam kenyataan yang disiarkan, Arab Saudi tururt mengulangi gesaan gencatan senjata antara Israel-
Hamas.

Kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi itu turut menyentuh tentang pelanggaran undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dilanggar berterusan oleh Israel.

Arah Saudi turut menggariskan keperluan segera mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan PBB menghalang Israel menyebabkan bencana kemanusiaan, menurut Al Jazeera.

Angka kematian akibat pencerobohan Israel ke atas Palestin sejak Oktober lalu mencecah 28,000 mangsa.

Rafah dikatakan bandar terakhir di Gaza yang belum diduduki tentera Israel.

Menurut PBB, lebih 1.3 juta rakyat Palestin berlindung di Rafah selepas terlantar akibat kesan perang dari utara dan tengah Gaza.

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta